user_mobilelogo

PAS MASUK KENDERAAN

  • Hanya Satu Pas Masuk Kenderaan Kenderaan yang mempamerkan Pas Masuk sahaja dibenarkan memasuki kawasan meletak kenderaan di kawasan POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN atau tempat khas yang telah disediakan.
  • Sila pamerkan pas masuk kenderaan pada cermin hadapan/dashboard kenderaan masing-masing semasa raptai dan Hari Majlis Konvokesyen

 

PAS MASUK MAJLIS KONVOKESYEN

  • Disebabkan tempat yang terhad dan bilangan graduan yang ramai, hanya satu (1) keping pas masuk ke dewan diberikan untuk kebenaran masuk bagi dua (2) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga).
  • Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Walaubagaimana pun, pihak PIS menyediakan ruangan untuk ahli keluarga menonton siaran secara langsung di luar dewan.
  • Suhu dewan adalah sejuk, ibu, bapa atau penjaga digalakkan untuk berpakaian yang bersesuaian dengan majlis.
  • Ibu bapa atau penjaga diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing sebelum jam 9.00 pagi pada hari Majlis Konvokesyen.