logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik

Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik adalah satu program peringkat sijil yang ditawarkan di bawah Program Sijil Kemahiran Politeknik. Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun. Pelajar juga akan mengikuti program latihan industri selama enam (6) bulan semasa di semester empat (4). Program ini mendedahkan pelajar kepada asas rekabentuk dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran seperti kelas teori dan amali di bilik kuliah, studio rekabentuk dan makmal komputer. Kandungan utama program ini meliputi kursus Asas Seni dan Rekabentuk, Komputer Grafik, Fotografi Digital, Tipografi, Rekabentuk Identiti Korporat, Rekabentuk Penerbitan, Rekabentuk Pembungkusan, Ilustrasi, Rekabentuk Pengiklanan, Rekabentuk Multimedia dan Portfolio. Kursus-kursus tersebut dapat menyediakan pengetahuan asas dalam bidang grafik dan kemahiran teknikal bagi memenuhi permintaan industri masa kini.

Tempoh Pengajian : 4 Semester


Prospek Kerjaya

Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan Rekabentuk Grafik yang mana membolehkan para lulusan memulakan kerjaya mereka dalam industri yang berkaitan.

Peluang pekerjaan di dalam Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik ini ialah:

Pembantu Pereka Grafik

  • Pembantu Pereka Grafik
  • Assistant DTP Artist
  • Jurufoto
  • Pembantu Percetakan
  • Pelukis Ilustrasi
  • Assistant Display Artist
  • Usahawan dalam bidang grafik

Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik