logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian

Program Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian telah ditawarkan di politeknik untuk memberi peluang kepada graduan bermasalah pendengaran memperkembangkan potensi diri dan kerjaya di dalam bidang ini. Program ini bermatlamat untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan mereka mempunyai kendiri yang kreatif, inovatif dan mempunyai jati diri dalam menghadapi arus globalisasi. Mereka boleh bekerja secara berpasukan dalam meningkatkan produktiviti organisasi. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dan persaingan di dalam industri dan persekitaran. Selain itu, mereka juga boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menyesuaikan diri dengan masyarakat dan perubahan teknologi baru.

Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen & Pakaian dibangunkan untuk memperkenalkan pelajar kepada trend semasa dalam industri fesyen dan peranan pakaian sebagai medium komunikasi, bukan sekadar keperluan asas. Pelajar didedahkan dengan kemahiran interpersonal serta pengetahuan asas keusahawanan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Pelajar turut diperkenalkan dengan kursus pembuatan sampel pakaian, teknik mendraf pola pakaian dan teknologi pembuatan pakaian. Pelajar juga akan diperkenalkan dengan pelbagai teknik prinsip asas rekaan dan kajian fabrik yang membantu pelajar mengenali jenis-jenis fabrik serta sumber pembuatannya. Kursus sulaman diperkenalkan sebagai elemen tambahan bagi menjana idea dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan hiasan bertekstur yang pelbagai. Pelajar didedahkan kepada amalan dan strategi yang efektif dalam peragaan barangan. Kursus projek yang diperkenalkan di semester akhir untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan segala elemen dan prinsip rekaan dalam menghasilkan koleksi akhir rekaan pakaian mereka.

Tempoh Pengajian : 4 Semester


Prospek Kerjaya

Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan tempahan pakaian, aksesori fesyen, perhiasan pada pakaian serta ilustrasi fesyen. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki boleh diaplikasi kepada pelbagai cabang pekerjaan dalam industri fesyen dan membolehkan graduan untuk memulakan perniagaan sendiri berkaitan industri fesyen. Prospek pekerjaan meliputi:

  • Usahawan
  • Pembantu Pereka fesyen
  • Tukang Jahit
  • Pembantu Pereka Sulaman Pakaian
  • Pembuat Sampel Pakaian
  • Pembantu Pereka Aksesori Fesyen
  • Pembantu Pembuat/Pemotong Pola Pakaian
  • Penghias Barang Dagangan
  • Pembantu Pereka Kostum
  • Pembantu Pengurus Butik
  • Pembantu Pereka Hiasan Dalaman
  • Pembantu Perunding Imej

Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik