logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Diploma Rekabentuk Industri

Diploma Rekabentuk Industri adalah aliran rekabentuk gabungan antara-disiplin di mana para pelajar terlibat secara aktif dalam merancang dan merekabentuk pelbagai produk yang menitikberatkan keterampilan estetika dan kecekapan fungsi. Program ini menumpukan kepada pembangunan rekabentuk, lakaran dan 3D modeling, teknik rendering, persembahan, faKtor manusia, kemahiran komunikasi, estetika dan dokumentasi teknikal. Pelajar akan didedahkan kepada teori dan praktis dengan memberi penekanan kepada kemahiran rekabentuk seperti hubungan antara estetika dan bentuk serta fungsi, teknik penyelesaian masalah, mengintegrasikan rekabentuk dan teknologi, pembuatan, perniagaan dan pemasaran.

Rekabentuk industri tidak hanya diaplikasi dalam produk pengguna, ia juga turut diaplikasi dalam perabot, peralatan pejabat, peralatan perubatan, peralatan keselamatan, produk seni bina, perhiasan ruang dalaman, pembungkusan, pengangkutan dan automotif, peralatan komunikasi elektronik, kelengkapan mandi dan pencahayaan, hardware, peralatan meja makan, interaksi dan rekabentuk antara muka. Pelajar bukan sahaja perlu menekankan penampilan produk tetapi juga
mempertimbangkan syarat-syarat produk yang dijual. Di bawah piawaian rekabentuk yang lazim, produk yang dihasilkan perlu mempunyai elemen garisan, warna, kadar banding dan jalinan, kecekapan tinggi dan keselamatan operasi, kemudahan atau keselesaan yang digunakan, kemudahan penyelenggaraan dan pembaikan, ketahanan dan fungsi dari segi bentuk. Kepentingan antara piawaian tersebut mungkin berbeza-beza bergantung pada produk. Pelajar program ini juga dikehendaki memproses kebolehan artistik, menggabungkan pengetahuan terhadap prinsip kejuruteraan dan bahan-bahan, teknik pengeluaran dan kos, serta kemahiran asas keusahawanan.

 

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Rekabentuk Industri


Prospek Kerjaya

Prospek pekerjaan meliputi:

Government

  • Ministry of Education
  • Ministry of Arts, Tourism & Culture

Corporate

  • Assistant Furniture Designer
  • Assistant Product Designer
  • Draught Person
  • Assistant Interior Designer
  • 3D Visualizer/Space Planner
  • In-House Design Consultant
  • Assistant Event Designer
  • Visual Artist
  • Exhibition Designer
  • Assistant Art Director
  • Assistant Design Director
  • Assistant Creative Director
  • Display Artist
  • Model Maker
  • Rapid Prototype Technician

 

Self-Employed

  • Furniture Design Consultant
  • Product Design Consultant
  • Furniture/Product Design Services
  • Event Management Consultant
  • Free Lancer
  • Entreprenuership
  • Retail Entreprenuership

Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik