jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan

Unit Sukan PIS adalah bertanggungjawab mengurus dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar dan staf di politeknik. Kemudahan yang terdapat bawah tanggungjawab Unit Sukan PIS ialah Komplek Sukan ( Gelanggang badminton, skuasy dan gymnasium) dan gelanggang-gelanggang permainan.

Visi

Melahirkan graduan TVET yang berpersonaliti unggul,bersahsiah serta berdisiplin tinggi melalui penglibatan dalam aktiviti sukan,kokurikulum dan kebudayaan.

Misi

  • Menerap dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Politeknik Ibrahim Sultan,terutamanya pelajar.
  • Menyediakan fasiliti sukan,kokurikulum dan kebudayaan yang selamat untuk digunakan.
  • Membangunkan bakat sukan,kokurikulum dan kebudayaan yang ada pada seseorang pelajar ke tahap yang lebih baik secara berterusan.

Carta Organisasi JSKK

 


Fungsi Perkhidmatan

Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Sukan,Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.

Secara amnya, JSKK bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Di samping itu, JSKK juga berfungsi untuk:

  • Pengurusan bakat pelajar yang baru dan memantau dan menambahbaik bakat yang sedia ada.
  • Mentadbir urus perolehan serta penambahbaikan kemudahan peralatan sukan dan kokurikulum.
  • Menyediakan pasukan yang mewakili PIS dalam sukan, kokurikulum dan kebudayaan.
  • Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pengisian dan penilaian kurikulum kokorikulum(MPU).
  • Melatih dan melahirkan pelajar yang berupaya memimpin dan mempunyai jati diri yang tinggi.
  • Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, berdisiplin, berdedikasi disamping mempunyai sikap toleransi dan kerjasama.

 

 jskk


 

 

Bil Nama Jawatan E-Mail
1 Khairul Nazry bin Talib Ketua Jabatan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Mohamed Rafi bin M.S Solaiman Ketua Kursus Kokurikulum Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Siti Norbaiah binti Harun Pegawai Belia dan Sukan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Mohd Faiz bin Mohd Noor Pegawai Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.