logo5lmn rasmi2020 sirim v3

21 Februari 2020 | Jumaat | Kelab Rukun Negara Politeknik Ibrahim Sultan telah melaksanakan Program Uvagai Ponggal 2020 dengan jayanya.

Program ini disertai oleh beberapa IPTA dan IPTS di sekitar negeri Johor.
Program ini bertambah meriah dengan ketibaan perasmi program En Abu Bakar bin Abdul Hamid ,Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan pakaian traditional India. Progam Ponggal adalah satu program yang dikendalikan oleh Kelab Rukun Negara Politeknik Ibrahim Sultan hampir setiap tahun. Ponggal adalah satu festival yang diraikan oleh para petani-petani untuk memberi kesyukuran kepada hasil pertanian mereka.

 

ponggal02   ponggal03   

  ponggal05   ponggal06 

 ponggal04

 

Dua produk ciptaan pelajar pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah berjaya mendapat 2 Pingat Emas Kategori Remaja (Youth Category) bagi kategory Aviation & Transportation sempena Malaysian Technolgy Expo 2020 (MTE) yang berlangsung pada 20 hingga 22 Februari yang lalu.

Sekalung tahniah kepada pereka pereka muda kita. Ucapkan terima kasih juga kepada barisan pensyarah yang sentiasa memberikan tunjuk ajar serta membimbing pereka muda ini.

 

mte02  mte03

 

mte04

Sesi 1 Coffee & Tea @ Library telah berlangsung pada 23 Februari 2020. Program ini dikendalikan oleh Tn Hj Rafiuddin Bin Rohani sebagai fasilitator.

Semoga usaha mencungkil bakat penulisan di kalangan pelajar PIS akan dapat dicapai melalui usaha ini

 

 

cofee talk    cofee talk1

 

cofee talk2

Tahniah....


Seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Muhammad Izwan (mantan YDP MPP PIS) kerana meraih Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Ketua Pengarah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik Kolej Komuniti 2019 (POLYCCSA 2019) yg berlangsung malam.

Anugerah kecemerlangan tersebut disampaikan sendiri oleh YBhg. Ketua Pengarah JPPKK Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub.

Turut hadir bagi meraikan kejayaan Muhammad Izwan ialah Puan Pengarah PIS Hjh Rashidah Mustapa, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS,En. Abu Bakar Abd. Hamid serta berapa orang pegawai dan rakan pelajar dari PIS.

Semoga saudara Muhammad Izwan terus cemerlang dengsn bakat kepimpinan yang beliau miliki.

Seluruh warga PIS amat berbangga dengan kejayaan anda ...

 

polyccsa00

polyccsa01

polyccsa04

polyccsa03

 

 

Tahniah kepada Devesh Pathmanathan.
Pelajar semester satu Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Beliau telah berjaya tempat ketiga acara karate sempena Sukan Perak yang berlangsung pada 29 September 2019.

 

karate01

karate02