logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor, Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor telah berjaya menganjurkan Program Duta Perpaduan Johor yang terdiri daripada 200 orang anak muda Johor dari kalangan mahasiswa dan belia Johor. Seramai empat orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Wan Muhammad Faiz bin Wan Basri, Lavanya a/p Linggam, Goh Sheng Khai dan Nur Ainaa Najihah binti Mohammad Waffa dilantik sebagai Duta Perpaduan Johor. Sehubungan dengan itu, mereka telah menghadiri Bengkel Pembangunan Modal Insan dan Personaliti yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia pada 5-7 Ogos 2022 dan menerima sijil pelantikan sebagai Duta Perpaduan Johor pada 7 Ogos 2022 di Bangunan Sultan Ismail Nusajaya, Johor. Program ini juga dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Beliau yakin anak muda yang telah diangkat menjadi Duta Perpaduan Johor akan lebih mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum demi masa depan yang lebih cerah untuk negeri Johor.

Battle of The Chef merupakan pertandingan kulinari & gastronomi yang bermula pada tahun 1988. Pada kali ini merupakan edisi ke-18 Battle of the Chefs 2022 telah dan sedang berlangsung bermula pada 5 sehingga 7 Ogos 2022.
Penyertaan melibatkan 1000 orang Chef dari seluruh Malaysia dan juga antarabangsa. Pertandingan masakan ini biasanya diadakan setiap dua tahun sekali, kali terakhir ianya diadakan adalah pada tahun 2018.
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar 2 penyertaan pada BOTC 2022. Pelajar semester 2 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti (BTH) Nur Aleena Natasha Binti 'Al Zahari telah merangkul pingat gangsa pada pertandingan bagi Class M21: Main Course IV (Fish or Seafood).
Manakala seorang lagi pelajar BTH semester 8 Muhammad Waieuddin Syafiq Bin Sabri mendapat Sijil Diploma untuk Class M11: Plated Appetizer. TAHNIAH!

Seluruh warga PIS merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih selama berkhidmat sebagai Pustakawan di Perpustakaan Ilmu Sejagat, PIS.
Selamat bertugas di Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pegawai di Bahagian Komunikasi Korporat.
Seluruh warga PIS mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan tuan di tempat baharu.

Tahniah Pasukan Bola Tampar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang menyertai PolyPD MSP Volleyball Championship 2022 bertempat di Centre Court, Paroi pada 25 - 28 Julai 2022 apabila pasukan wanita berjaya mengatasi 8 pasukan lain dan sekaligus membawa pulang pingat EMAS.

Pasukan Bola Tampar PIS yang dibimbing oleh dua pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) iaitu Cik Wan Zilliani Binti Wan Ismail dan Encik Mohd Norazizul Fadli Bin Abu Bakar ini meneruskan rentak rekod tanpa kalah daripada pusingan awal hingga menjuarai kejohanan kali ini dengan menewaskan pasukan Politeknik Port Dickson 3-0 di perlawanan akhir dengan kutipan mata 25-15, 25-10, 25-22.

Lebih manis untuk Pasukan Bola Tampar Wanita PIS apabila 3 pemain dipilih untuk menerima anugerah antaranya Most Valuable Player (MVP) diberikan kepada Joanne Boo Zhi-en dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Best Setter diberikan kepada Nur Safitri Binti Redwan dari JPH dan Best Spiker diberikan kepada Siti Nur Hayati Binti Mohd Yazid dari Jabatan Reka Bentuk dan Visual (JRKV).

Pasukan Bola Tampar Lelaki PIS pula berjaya menjadi naib juara di peringkat kumpulan namun rezeki tidak berpihak kepada PIS apabila pasukan lelaki tewas kepada Pasukan Politeknik Port Dickson di peringkat separuh akhir. Semoga pasukan lelaki berjaya melakar kejayaan dimasa akan datang.

Tahniah sekali lagi diucapkan!

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

vb1

 vb3

vb4

Sesi kunjungan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ibrahim Sultan yang diketuai oleh Encik Mazlan bin Karim@Hussein, Ketua Jabatan JKE ke SKMM telah disambut oleh Encik Mohamad Rizal bin Ahmad, Pengarah SKMM Negeri Johor.

Tujuan kunjungan adalah untuk menjalankan kolaborasi bersama SKMM Negeri Johor terutama berkaitan bidang industri telekomunikasi dan juga penglibatan alumni yang merupakan pegawai di SKMM secara ‘alma mater’.

Kunjungan kali ini turut menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Pegawai SKMM yang juga Alumni PIS iaitu Encik Mohd Arif bin Mohd Nor dan Puan Nur Adilah binti Samsudin sebagai
Penceramah Bengkel Rangkaian Telekomunikasi Tanpa Wayar dan Keselamatan Media Sosial yang telah berlangsung pada 26 Mei 2022 yang lalu.

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

294765732 4186085744849683 6402717170394942860 n 295620642 4186085761516348 5418877130452291627 n

295222863 4186085734849684 5173480748765423943 n 295757485 4186085771516347 3692752649241951804 n