logo5lmn rasmi2020 sirim v3

13 Disember 2021. Perbincangan duahala Politeknik Ibrahim Sultan, Malaysia dengan Politeknik Negeri Sriwijaya, Indonesia berhubung Pelaksanaan Kolaborasi 6th International FIRST Conference  2022,  POLSRI-PIS. Majlis ini telah di serikan bersama oleh Drs. Zakaria, M.Pd. Timbalan Pengarah 1, POLSRI dan Ts. Noor Aidi Binti Nadzri Pengarah, PIS. Turut hadir barisan Jawatankuasa Pengurusan Kolaborasi 6th FIRST Conference POLSRI dan PIS. Semoga perbincangan dihujung tahun ini menjadi jalinan kerjasama yang berterusan dan memberikan manfaat kepada kedua-dua institusi serta membuahkan hasil yang indah pada tahun 2022.

first 1  first 2

first 3  first 4

11 Disember 2021 - Program Berbasikal 24 Zon Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bersempena pengisytiharan MBPG.
Politeknik Ibrahim Sultan merupakan check point ketiga lokasi berbasikal. YBrs. Ts Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah PIS hadir menyambut konvoi berbasikal di Creative Design Centre (CDeC). Turut bersama Encik Abdul Razak Salim, Pengurus CDeC.

mppg 2  mppg 9

mppg 8  mppg 6

mppg 5  mppg 4

mppg 3

KPT-PACE merupakan satu inisiatif kerajaan untuk para graduan dan pelajar mempelajari kemahiran baru melalui persijilan professional yang ditawarkan. Secara amnya, program ini menyediakan kursus persijilan percuma yang berharga RM3000 kepada para peserta yang terpilih. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menawarkan dua pilihan Program Penjana iaitu Lean Manufacturing Technician Certification dan Six Sigma DMAIC Green Belt Certification

Program pertama Penjana iaitu Six Sigma DMAIC Green Belt Certification anjuran Politeknik Ibrahim Sultan akan berlangsung mulai  7 Oktober hingga 16 Oktober 2021.

kpt penjana00

Program kedua Penjana iaitu Lean Manufacturing Technician Certification anjuran Politeknik Ibrahim Sultan akan berlangsung mulai 18 hingga 27 Oktober 2021.

kpt penjana