logo5lmn rasmi2020 sirim v3

23 Februari 2022 - Program Pementoran Politeknik Ibrahim Sultan Tahun 2022 telah dilancarkan oleh Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah PIS. Program ini merupakan kali kedua diadakan anjuran Unit Pengurusan Psikologi dan Unit Khidmat Pengurusan dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan.

Program Pementoran ini merujuk kepada aktiviti perhubungan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor kepada mentee dan pelaksanaan program ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (Pengurusan Psikologi) Versi 1.0 (2022). Pada tahun ini, seramai 21 orang pegawai Politeknik Ibrahim Sultan akan menyertai Program Pementoran ini. Ianya terdiri daripada 10 orang Mentor dan 11 orang Mentee yang mana Mentee adalah terdiri daripada pegawai lantikan baharu. Semua Mentor dan Mentee yang terpilih ini adalah para Pegawai daripada Jabatan dan Unit di Politeknik Ibrahim Sultan. 4 orang pegawai daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, 11 orang daripada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, 2 orang daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan 4 orang daripada Unit Khidmat Pengurusan. Program ini dijadualkan berlangsung selama 6 bulan bermula pada bulan Mac dan inshaAllah dijangkakan akan tamat pada Bulan Ogos nanti.

#polteknikibrahimsultan
#oneteamonedream

 

mentor01

mentor04

mentor02

mentor03

Sesi Pemantauan Akhir dan Pembentangan Kemajuan Projek Dana Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) Fasa 2020 dan 2021. Ahli penyelidik yang terlibat adalah Haji Ishak bin Taman (PIS), Ts. Dr. Saipol Hadi bin Hasim (PIS) , Ts Dr Nor Hidayu bt Shahadan (PIS) dan Dr Hanifah bt Jambari (UTM)

Panel penilai ialah Prof. Dr. Abdul Mutalib bin Leman (UTHM), Dr Ishak bin Mohamad dan Dr Saifuddin Kumar bin Abdullah dari Pusat Penyelidikan Inovasi, JPPKK. Turut hadir YBrs. Ts Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

 

01

02

03

04

Tarikh : 15 Disember 2021

Majlis Perhimpunan Bulanan Disember 2021 Politeknik Ibrahim Sultan beserta Pengisytiharan 10 Tahun Politeknik Ibrahim Sultan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020

perhimpunanDis21 15  perhimpunanDis21 13

perhimpunanDis21 12  perhimpunanDis21 11

 

perhimpunanDis21 10    perhimpunanDis21 9

perhimpunanDis21 8  perhimpunanDis21 5

perhimpunanDis21 4

KOLABORASI UNGGUL BERSAMA ASTRO BAGI MENYEDIAKAN BUSANA PENGACARA BELAKANG PENTAS MINGGU SEMI FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA 2021

Antara usaha kolaborasi berimpak tinggi yang dijalankan oleh Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan dengan usahasama bersama stesyen televisyen berbayar Astro melalui penerbitan Maharaja Lawak Mega 2021.

Program dibawah kelolaan Puan Farahiyah Binti Abd Rahim, Encik Mohd Izswan Bin Mohd Sidik, pensyarah Rekabentuk Fesyen dan Pakaian, serta beberapa pelajar tahun akhir ini telah menghasilkan baju rekaan hasil nukilan Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.

Jutaan terima kasih diucapkan Astro melalui penerbit Semi Final Maharaja Lawak Mega 2021 atas kolaborasi strategik ini yang telah memberi impak yang besar kepada kakitangan dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dalam perkongsian ilmu antara dua belah pihak.

  mlm21 2

mlm21 3  mlm21 4