logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Pada 16 september 2019 yang lepas, Kelab Teraju Ujong Tanah (TAUT) menghantar seramai 4 orang ahlinya yang terdiri daripada pelajar Program Diploma Fesyen dan Pakaian, Program Diploma Reka Bentuk Grafik daripada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) serta pelajar dari Program Diploma Pengurusan Acara dan juga program Diploma Urusan Pelancongan daripada Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti ( JPH ) telah mewakili membawa nama Politeknik Ibrahim Sultan dalam satu Pertandingan Festival Kebudayaan & Seni Warisan Ke-9 Dan Semarak Merdeka Nasional (SEWARNA) 2019 yang disambut di Politeknik Muadzam Shah, Pahang baru-baru ini.

Untuk makluman, saudari Nur Qurratu Nabillah, Steffenney Kujee dan Saudara Aiman Haziq dan Muhammad Lutfi telah memasuki pertandingan ini yang dipantau sepenuhnya bersama penasihat kelab, Encik Johaini bin Ibrahim untuk membantu dalam proses persiapan menyumbangkan idea dan mencadangkan set-set prop yang perlu digunakan.

Jalan cerita yang diketengahkan dalam pementasan monodrama ini adalah berkisahkan tentang seorang remaja yang terjerumus di dalam penjara kerana terikut akan kata rakannya untuk melakukan pekerjaan yang hina dan keji. Konsep cerita ini, dapat menambat hati orang ramai kerana mesejnya yang dapat memberikan impak positif. Nur Qurratu Nabillah, selaku penulis skrip asal cerita ini, telah mampu dan meraih orang ramai di dalam dewan auditorium menangis pada ketika itu kerana jalan cerita dan dialog watak tersebut. Monodrama ini buat julung kalinya dibawa dan diadakan pada Festival SEWARNA kali ini.

Sebanyak 23 pasukan politeknik di seluruh Politeknik Malaysia yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Alhamdulillah pasukan MONODRAMA Politeknik Ibrahim Sultan ( PIS ) telah mendapat TEMPAT KE-3 dan juga Anugerah Khas Juri dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan.

 

16sept19 monodrama 1

 

 

9jan2019 prk 2  9jan2019 prk 1

 

PILIHANRAYA KAMPUS 2019
Rabu, 9 Januari 2019
8.00 pagi hingga 4.00 petang

Pelbagai insentif disediakan bagi memeriahkan Pilihanraya Kampus PIS ..

Bagi jabatan dengan peratusan pengundi tertinggi akan menerima insentif Geran Aktiviti Pelajar sebanyak RM1000

PIS juga mengalu-alukan anda kembali ke sesi pengajian 2019 ini dengan memberikan baucer makanan sebanyak RM5.00 bagi setiap pelajar yang boleh dituntut selepas anda selesai mengundi.

Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik disediakan

Program : Program Pengantarabangsaan Malaysia - Indonesia: "Transferable skill in art and design among undergraduate students"

Tarikh : 14-17 Januari 2019

Tempat : Universitas Trisakti Jakarta

Penglibatan : 23 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dan 3 orang Pensyarah Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual PIS 

 transferable skill 3  transferable skill 2  transferable skill 1 

transferable skill 4  

transferable skill 5