logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Team Kanu Politeknik ke Ban Canal Karnival 2022

Penyertaan Team Kanu Politeknik ke Ban Canal Karnival 2022 di Sabak Bernam iaitu penyertaan bagi acara kanu TK 1 dan TK 2 lelaki dan wanita bawah 19 tahun. Politeknik mendominasi ke semua acara kanu TK1 dan TK2 lelaki dan wanita yang mana pada acara akhir kesemua atlet yg bertanding pada acara akhir adalah mewakili politeknik .
Bagi acara Traditional Dragon Boat , pasukan campuran Politeknik A dan Politeknik B telah layak ke perlumbaan akhir. Politeknik B telah dinobatkan sebagai Johan dan Politeknik A pula Naib Johan. Manakala bagi kategori Men Open, pasukan Politeknik A berjaya merangkul tempat ke-3.
Pasukan Kanu Politeknik telah berjaya merangkul Juara Keseluruhan Kategori Terbuka pada Ban Canal Karnival 2022. TAHNIAH!!!!!