logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Survival Camp

Pada 14 dan 15 Oktober 2022, program 'Survival Camp' telah dilaksanakan di Hutan Rekreasi UTM Skudai. Program tersebut telah disertai oleh seramai 18 pelajar-pelajar dari Kelab Kembara (Kursus Kokurikukum) dan seorang pensyarah pengiring Pn Alyyati binti Mohd Talib (Ketua Kursus Kokurikukum)
Dalam program ini, pelajar-pelajar telah mempelajari kaedah ikhtiar hidup tanpa sebarang alat komunikasi selama 2 hari 1 malam. Antara pengisian program adalah seperti shelter building, fire making, water filter, snares and trap dan food harvesting.
Diharapkan, pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan tentang asas ikhtiar hidup di hutan seperti mendapatkan sumber makanan, tempat perlindungan dan punca air. Selain itu, pelajar-pelajar ini dapat belajar bagaimana untuk mencipta tempat pelindungan, mengikuti langkah-langkah keselamatan dan bertindak dengan pantas sekiranya berlaku situasi kecemasan semasa di hutan.