logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Bola Tampar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang menyertai PolyPD MSP Volleyball Championship 2022

Tahniah Pasukan Bola Tampar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang menyertai PolyPD MSP Volleyball Championship 2022 bertempat di Centre Court, Paroi pada 25 - 28 Julai 2022 apabila pasukan wanita berjaya mengatasi 8 pasukan lain dan sekaligus membawa pulang pingat EMAS.

Pasukan Bola Tampar PIS yang dibimbing oleh dua pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) iaitu Cik Wan Zilliani Binti Wan Ismail dan Encik Mohd Norazizul Fadli Bin Abu Bakar ini meneruskan rentak rekod tanpa kalah daripada pusingan awal hingga menjuarai kejohanan kali ini dengan menewaskan pasukan Politeknik Port Dickson 3-0 di perlawanan akhir dengan kutipan mata 25-15, 25-10, 25-22.

Lebih manis untuk Pasukan Bola Tampar Wanita PIS apabila 3 pemain dipilih untuk menerima anugerah antaranya Most Valuable Player (MVP) diberikan kepada Joanne Boo Zhi-en dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Best Setter diberikan kepada Nur Safitri Binti Redwan dari JPH dan Best Spiker diberikan kepada Siti Nur Hayati Binti Mohd Yazid dari Jabatan Reka Bentuk dan Visual (JRKV).

Pasukan Bola Tampar Lelaki PIS pula berjaya menjadi naib juara di peringkat kumpulan namun rezeki tidak berpihak kepada PIS apabila pasukan lelaki tewas kepada Pasukan Politeknik Port Dickson di peringkat separuh akhir. Semoga pasukan lelaki berjaya melakar kejayaan dimasa akan datang.

Tahniah sekali lagi diucapkan!

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

vb1

 vb3

vb4