logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Kejohanan 15th FIRA Malaysia Cup 2022

Kejohanan 15th FIRA Malaysia Cup 2022 anjuran FIRA Malaysia Chapter, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan telah berlangsung dengan jayanya pada 24 – 28 Julai 2022. Ini merupakan kali kedua Politeknik Ibrahim Sultan menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini sejak diadakan pada tahun 2007.

Objektif utama FIRA ditubuhkan adalah untuk mengembangkan minat terhadap sains dan teknologi robot kepada generasi muda dan masyarakat umum melalui pertandingan robot soccer. Pertandingan seperti ini mampu memberikan satu arena baharu yang mencabar kepada generasi muda terutamanya kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti untuk melakukan penyelidikan yang lebih aktif dalam membangunkan robot multidisiplin. Justeru, penyelidikan ini menjadi tonggak utama dalam membantu kehidupan seharian menjelang Revolusi Industri 4.0.

Penganjuran Kejohanan FIRA Malaysia Cup yang dilaksanakan pada setiap tahun sangat penting untuk menguji kebijaksanaan dan kreativiti peserta dalam kemahiran mengendalikan robot yang telah dipertandingkan. Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga adalah salah satu peluang untuk mencungkil bakat terpendam peserta terutamanya dalam bidang pengaturcaraan, mekatronik serta elektronik yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Majlis Perasmian Penutup KEJOHANAN 15th FIRA MALAYSIA CUP 2022 telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Turut hadir YBrs. Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan Akademik JPPKK dan YBrs. Ts. Haji Hamdan bin Samdin Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan.

TAHNIAH Politeknik Sultan Idris Shah merangkul Juara Keseluruhan di Kejohanan 15th FIRA Malaysia Cup

#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

295056609 4192997347491856 7343579904942341939 n 295179984 4192997337491857 5675421755985746939 n

295319345 4192998494158408 8543259436756225248 n 295659137 4192997354158522 6594681583443597845 n

296034915 4192997350825189 6595224207257279590 n 296316006 4192997644158493 5765084220483766868 n