logo5lmn rasmi2020 sirim v3

SUKARELAWAN JRKV DI SANGGAR ILMU & PROGRAM HARI BUMI

Program sukarelawan pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam merialisasikan keceriaan Sanggar Ilmu dan Program Hati Bumi dapat dilaksanakan dengan lancar di SMK Seri Alam 2, Bandar Seri Alam pada 29 Jun 2022. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kuswandi Bin Tayen selaku Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Turut serta dalam majlis ini adalah Encik Ab. Aziz Bin Abdullah, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (Zon Seri Alam 1) serta selaku Pengerusi NGO PG Care, Pengetua SMK Seri Alam 2, En Elanggovan A/L Savarimuthu dan Ts. Hj. Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Akademik PIS. Kemuncak majlis adalah ucapan perasmian dan tayangan montaj Program Sanggar Ilmu dan disudahi dengan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada semua yang terlibat. Diakhir majlis,Tuan Haji Kuswandi Bin Tayen, Ts.Haji Hamdan Bin Samdin dan Encik Ab. Aziz Bin Abdullah telah berpeluang untuk menanam pokok dalam pasu sebagai simbolik kepada sambutan Program Hari Bumi.

Program ini telah mendapat kerjasama yang erat dibawah jawatankuasa penganjur bersama iaitu Puan Oslina Binti Omar, Pegawai Perhubungan Sekolah, PPD Pasir Gudang, Puan Rozila Binti Mat PK HEM SMK Permas Jaya 2, Encik Al-Rohaizad Bin Adanan, Ketua Program Diploma Rekabentuk Industri JRKV, PIS, Puan Nazirah Bnti Mat Zain Pensyarah Diploma Rekabentuk Industri merangkap Pengarah Program Sanggar Ilmu, Cik Nur Syuhada Binti Ghazali, Pensyarah Diploma Rekabentuk Industri dan Encik Mohd Yusman Bin Mohd Yusof, Pensyarah Diploma Rekabentuk Industri serta para sukarelawan pelajar JRKV. Semoga program dan usaha seperti ini dapat menyemai semangat pelajar dan masyarakat dalam menuntut ilmu dan menghargai keindahan alam dan persekitaran yang bersih dan ceria disekolah mahupun dimana jua kita berada.


#jrkvPIS
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

 296158311 4195398900585034 573492047672723531 n

296300451 4195399263918331 6749147210855782579 n

296337056 4195398807251710 4504805906059297068 n

296429706 4195399140585010 3808167487631360064 n