logo5lmn rasmi2020 sirim v3

MAJLIS MoU WAN RAHMAN TRADING DENGAN JOHOR LADY LOFT

Satu majlis menandatangani Memorendum of Understanding diantara Wan Rahman Trading dengan Johor Lady Loft telah diadakan pada 22 JULAI 2022 di R&F Marina Place, Mercu 2, R&F Sales Gallery Johor Bahru. Majlis telah berlangsung dengan jayanya dalam memupuk dan mengembangkan keusahawanan pelajar dengan kerjasama NGO luar dalam merealisasikan pembudayaan serta pendidikan diluar kampus bersama komuniti usahawan di sekitar negeri Johor.

Majlis ini telah dihadiri oleh Mr. KK Hong, President of International Business Alliance, dan Ts. Hj. Hamdan bin Samdin, Pengarah sokongan Akademik Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sebagai jemputan khas dalam menyaksikan majlis menandatangani MoU oleh Pn. Nora Dato Rahman, Johor Lady Loft dengan Mohammad Izzwan Abd Rahman, Wan Rahman Trading dan merupakan usahawan pelajar PIS. Turut hadir menyokong usaha ini adalah En. Norfaridzen bin Tohit, Ketua Unit Keusahawanan, Pn. Nafsiah binti Sairi, Ketua Program Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian, Pn. Mastura Binti Mustaffa Pensyarah Keusahawanan JRKV dan Pn. Noranimah Binti Sa’rani, Pensyarah Keusahawanan JKE dan Puan Mastura Binti Abu Bakar, Ketua Program Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian.

Semoga dengan kerjasama ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk mengembangkan lagi keyakinan diri dalam bidang usahawan dan menjadi contoh kepada semua khalayak pelajar dan komuniti usahawan lain.

#usahawanPIS
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

295452154 4195483993909858 7778655412843633383 n 295444611 4195484253909832 2305683649514890202 n

295723353 4195484090576515 7071086498671750637 n 296176621 4195484003909857 5927537635193043635 n