logo5lmn rasmi2020 sirim v3

SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022

Dua syarikat pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Wan Rahman Trading dan Anas Legacy Food and Pastry yang terpilih sebagai finalist SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022 telah terlibat dalam sesi Bootcamp anjuran SME Bank dan JPPKK bertempat di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.

Seramai 7 orang pelajar mewakili kedua2 syarikat yang terdiri daripada 5 orang pelajar Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) dan 3 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Mereka turut diiringi oleh 2 orang pensyarah, Pn. Mastura Mustaffa (JRKV) dan Pn. Noranimah Sa’rani (JKE) yang bertindak sebagai Mentor kepada setiap pasukan.

Antara pengisian Bootcamp adalah Strategi Pembentangan Berkesan oleh Trainer dari CEDAR, perkongsian tentang penggunaan sistem Zoho-CRM, perkongsian pengalaman dengan TikToker Famous serta Usahawan alumni Politeknik dan Kolej Komuniti, Tn. Syazwan iaitu merupakan Owner kepada “Tu Diaaa… Pak Tam”. Perkongsian yang sangat mmberi motivasi n inspirasi pd anak2 pelajar.

Semoga Bootcamp ini meningkatkan semangat dan kesediaan pelajar dalam meneruskan perjalanan dalam pertandingan ini. Selamat maju jaya anak2 PIS! Kami mendoakan kejayaan anda!

SMe1 SMe2