logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Taklimat Klik Dengan Bijak telah diadakan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan sempena Program Haluan Siswa Politeknik Ibrahim Sultan pada 16 Ogos 2022.
Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohd Arif Mohd Nor dari Pejabat MCMC Negeri Johor. Program ini telah dihadiri seramai 500 peserta.
Semoga semua peserta program mendapat manfaat dari taklimat yang disampaikan dan jangan lupa untuk Klik Dengan Bijak

Syabas dan sekalung tahniah buat gabungan idea dan daya kreativiti penyertaan staf dan ALUMNI PIS telah menyandang Naib Juara bagi kategori 'Handicraf'. Penyertaan ini terdiri daripada En. Mohd Izswan bin Mohd Sidik, Pensyarah PIS En. Misbaahussalam bin Zakaria, ALUMNI PIS, dan gabungan serta kerjasama En. Badrul Hisham bin Shaharin, Pensyarah KK Temerloh dan En. Zulhelmy bin Hamdan, wakil industri. Majlis telah disempurnakan oleh SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALAALLAH SULTAN ISKANDAR AL HAJ dengan penyampaian hadiah kepada peserta-peserta pada 4 september 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga pelajar dan staf dalam mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara yang diceburi.

Sekalung Tahniah dan syabas buat Pasukan FIRA PIS yang diwakili oleh pelajar Steve Nicolas a/l Steven Surash, Mawaddah binti Shahran Sham, Muhammad Amir Hariz bin Mashuri dan Muhammad Firdaus aiman bin Marhalim serta pensyarah mentor mereka iaitu Cik Wan Zilliani binti Wan Ismail atas kejayaan merangkul Emas dalam Pertandingan FIRA ROBOWORLD SIMULA 2022 dalam kategori Business and Innovation Challenge.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga pelajar dalam mencapai impian dan kecemerlangan diri di menara gading.

TAHNIAH DAN SYABAS
Sekalung Tahniah diucapkan kepada saudara Johan Firdaus bin Hamzah pelajar Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian, Jabatan Rekabentuk dan komunikasi Visual (JRKV),
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) atas kejayaan beliau menerima Anugerah Rekaan Terbaik dalam Penyertaan Pertunjukkan Fesyen ‘Fashion Day Out’ melalui program Pencarian Dewi Remaja 2022.
Tahniah juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing aktiviti iaitu Puan Qistina Binti Arshad dan Puan rasyidah bt.Sulong, Pensyarah SV Portfolio pelajar, serta Cik Zamila bt.Abu Zainal Pensyarah Projek Akhir pelajar yang membawa kejayaan pelajar ini. Program yang dianjurkan oleh Majalah Dewi Remaja dan rakan strategiknya pada 20 Ogos 2022, pada hari sabtu di GF Central Concourse, Central I-City Mall, Shah Alam, Selangor.
Program ini juga merupakan kerjasama antara Program Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian JRKV,PIS dengan Nu Ideakreatif Sdn. Bhd. dalam memberi ruang dan peluang kepada pelajar yang berbakat pelajar membuat rekaan dan mempamerkan serta diperagakan pakaian mereka melalui pertunjukan fesyen di lapangan sebenar bagi mencapai hasrat PdP luar bilik kuliah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran, berilmu dan bercirikan pelajar yang holistik.
#jrkvpis
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

dr2

dr1 dr3

Gold Awards for Piper Kaduk Sheet di World Invention Creativity Olympic 2022 Korea. Tahniah Cik Hajah Humirah Hamzah, Puan Wan Mahirah bt Wan Ibrahim dan Puan Nor Marlina bt Othman.
Penghasilan produk Piper Kadut Sheet kepada komuniti sebagai produk makanan antioksidan, industri makanan untuk mempelbagaikan pilihan makanan di pasaran dan industri pertanian untuk memaksimumkan penggunaan herba
daun, dikomersialkan dan meningkatkan nilai ekonomi.